TENTU tidak menjadi kesalahan seandainya anda mahu mencari ilmu pengetahuan mengenai seni menganalisis perwatakan seseorang sebagai ‘hiburan’. Apa lagi jika mahu mecelikkan mata akibat tertutup oleh ‘hijab’ siapa pemimpin yang anda sanjung itu manusia ‘dajjal’ atau haiwan yang bertopengkan manusia?
Saya teringat semasa saya mula-mula diperkenalkan sebagai Nujum Pak Belalang hampir 5 dekad yang lalu, seorang kawan memberi tahu pada teman-temannya dalam sebuah majlis yang saya pandai ‘menilik nasib’.
Kebetulan apa yang pernah saya ramalkan mengenai dirinya menjadi satu kenyataan, ramai yang datang kepada saya minta nasibnya ditilik..Saya terkejut, berdebar jantung, syukur pada Allah saya telah membuat sedikit persediaan kerana ada menyimpan ilmu firasat. Itulah mulanya saya jadi seorang peramal.
Memang dari sejak di bangku sekolah saya suka membaca buku yang ada kaitan dengan ‘mistik’, ‘ocult’, para normal, ESP (Extra Sensional Preseption), hepnotisme buku Think And Grow Rich oleh Nepolean Hill dan How To Win Friends And Influance People oleh Dale Carnagi. Buku Peribadi Tasauf Moden oleh Allahyarham Hamka menambahkan lagi pengetahuan saya di bidang tasauf.
Walaupun anda telah banyak membaca buku-buku psikologi, buku mengenai palmestri, numerologi, namun tak semudah itu anda boleh membuat ramalan. Anda memerlukan latihan. Jangan terburu-buru mahu mencuba.
Nasib saya baik, saya ada pengalaman sebagai seorang jurujual, saya hidup dalam keluarga yang besar. Sejak kecil saya dibawa oleh bapa ke mana-mana dan saya suka bergaul.
Betulkah anda mahu mempelajari ilmu firasat, mahu belajar bagaimana membaca dan menterjemahkan? Mahu baca buku kena kenal A.B.Cnya dulu.
Sesudah menguasai A.B.C, maksudnya sudah selesai baca buku-buku ini, belajar dan faham teknik yang saya gunakan. Insya-Allah anda tidak rugi.
Anda perlu melatih diri agar sentiasa mempunyai daya penglihatan yang tajam, mampu berfikir dalam turutan logikal, tahu apa erti logik? Berfikir dengan tepat dan betul, pandai menggunakan ‘reasoning’, alasan yang tepat yang tidak dipengaruhi oleh emosi dan nafsu, itu yang disebut ‘mantik’ gunakan kata-kata yang tepat dan betul sekiranya anda rasa anda sudah layak mencuba dengan kawan terdekat. Namun cara menyampaikan perlu beralas.
Anda perlu melatih daya imaginasi anda agar hal-hal yang tersirat anda fahami dengan betul dan tepat, baru boleh melangkah ke depan dengan pantas bagi mempersiapkan ‘persepsi’ sebelum anda membuat satu kesimpulan. Jangan cakap sembarangan, jangan cakap ikut sedap mulut. Tiba-tiba saja mahu jadi peramal, jadilah ‘protege’ dahulu.
Membaca perwatakan menerusi bintang dua belas horoscope misalnya adalah penting, anda sudah ada ilmu tambahan sebelum mahu mencuba membaca perwatakan orang yang belum anda kenali. Jangan main-main membuat ramalan. Bagaimana kalau dia yakin bulat-bulat apa yang anda cakap?
Buku ini sebagai ‘starter’ di peringkat permulaan. Ingat, baca sampai habis, jangan lupa, ‘baca’ dengan nama Allah ‘Bismillah hir rahman nir rahim’. Hanya Allah yang Maha Mengetahui, minta pada Allah s.w.t terangkan hati anda.
Seandainya anda masih ada rasa ragu-ragu yang menilik guna ilmu firasat ini ‘syirik’, ianya amalan syaitan. Minta petunjuk daripada Allah sesudah buku ini habis dibaca.
Anda perlukan masa yang panjang untuk menjadikan diri anda ‘pakar’ dalam seni membaca perwatakan manusia. Apa yang saya sajikan dalam buku ini perlu dipelajari dengan sungguh-sungguh. Mulakan dengan cara yang anda anggap paling baik, yang penting anda
Setelah anda memahami dan mempelajari ‘asas’nya, tidak ada manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad s.a.w. ‘Berselawatlah’ ke atas Nabi Muhammad s.a.w barulah anda boleh insaf apa juga keburukan yang anda lihat pada diri orang cuba ‘muhasabah’ terhadap diri anda sendiri, jangan cepat-cepat mahu mencari kesalahan dan keburukan orang lain.
Apabila anda telah faham betul-betul satu ‘bab’, maka baru mempelajari bab yang lain. Memang pada mulanya anda akan beranggapan bahawa semua muka yang anda lihat hampir-hampir serupa.
Mengenal perbezaan akan jadi lebih mudah sesudah anda mempunyai pengetahuan yang praktikal, tahu asas mengenai membaca perwatakan. Ingat, baca buku ini sampai habis dulu dua tiga kali. ‘Ingat’, ini bukan novel. Buku ini mengandungi ilmu ‘mistik’. Ia ada kaitan dengan ‘akal’ dan ilmu kerohanian.
Satu lagi langkah dalam persediaan anda ialah memperelokkan cara anda berfikir. Timbulkan fakta sebelum membuat kesimpulan mengenai mata, hidung, mulut, bibir, dahi, telinga dan kepala.
Jangan menurutkan sahaja kehendak nafsu, jangan cepat hendak marah dan tersinggung bila berasa terkena kerana terdapat kecacatan. Maklum kita ini manusia biasa, mudah dipengaruhi oleh setan. Jangan salahkan Tuhan, jangan salahkan ibu mengandung. Setan boleh dikalahkan dengan perhubungan dengan Allah dan guna pertimbangan ‘akal’ berpandukan al-Quran dan sunah Rasulullah s.a.w.
‘Flash back’, kembalikan ingatan kepada satu-satu peristiwa pahit, manis dengan manusia yang pernah masuk dalam ingatan anda.
Dalam lain perkataan,
Saya ambil maklumat dan kaitkan dengan fakta yang saya telah pelajari, saya jadikan satu ‘hipotesis’ sementara. Anda juga perlu
Anda perlu tahu apa yang bakal dilakukan oleh mereka yang anda firasatkan secara terbuka, seandainya anda seorang penulis misalnya jangan lakukan kesilapan yang pernah saya lakukan. Anda akan didakwa di mahkamah atas tuduhan ‘defamation’.
Apakah anda tahu dari mana datangnya perkataan ‘air muka’ keruh? Bila fikiran manusia jadi keruh, apa yang tergambar di muka adalah apa yang ada dalam kepala dan jiwanya seperti keruhnya air di sungai.
Kalau hatinya kering, keras macam batu, hati yang sudah mati, maka tergambar pada mata seperti ‘mata ikan kering’ terbelalak besar. Ikan yang hidup di dalam air masin tidak boleh jadi masin kerana ia hidup. Bila mati dibubuh garam jadi ikan masin, bubuh asam jadi pekasam, bubuh dalam tempayan jadi budu.
Begitulah ‘aura’ yang terdapat dalam diri manusia.
No comments:
Post a Comment